Personaliti Inspektor Shiratori

Shiratori datang dari sebuah keluarga yang kaya. Salah satu hobinya ialah mengumpul wain, termasuk Romane Conti kegemarannya. Shiratori cenderung berjaya menyelesaikan kes-kes apabila berhadapan dengan topik berkaitan dengan citarasa kelas atasan, terutama dalam kes-kes yang melibatkan minuman keras. Beliau juga meminati bidang senibina dan masakan. Apabila diperkenalkan dalam filem pertama, Conan mengesyakinya sebagai suspek dan Kogoro menuduhnya sebagai pengebom kerana pengetahuannya yang luas tentang jenis-jenis bangunan sama ada pencakar langit mahupun yang biasa.

Shiratori adalah seorang yang percaya pada nasib atau ketentuan. Pada asalnya, watak beliau dicipta hanya untuk menangani kes-kes di dalam siri filem Detektif Conan tetapi akhirnya diserapkan sebagai salah satu watak pegawai polis tetap dalam anime dan manga. Shiratori memiliki sebuah villa mewah di Karuizawa.

Dalam penampilan manga awal beliau, Shiratori adalah amat angkuh dalam usaha menarik perhatian Sato, tetapi telah berubah menjadi lebih sederhana dan bertimbang rasa dengan teman wanitanya Sumiko di sisinya.

Perhubungan dengan Sumiko Kobayashi

Shiratori sangat bersifat 'melindungi' dan sentiasa menghubungi Sumiko malah kadang-kala singgah di sekolah untuk memaklumkan sebarang kes jenayah terkini di sekitar tempat tinggalnya, tujuannya supaya Sumiko lebih berhati-hati dalam setiap pergerakannya. Manakala Sumiko kerapkali membuat 'bento' (bekal makanan) untuk makan tengah hari Shiratori.

Antara momen Shiratori dan Sumiko ialah dalam episod:

Musim 19

  • Episod 568-569: Inspector Shiratori, Memories of the Sakura
  • Episod 571: Battle of the Haunted Warehouse's Treasure Part 1
  • Episod 583: Kobayashi-sensei's Love
  • Episod 584: Inspector Shiratori's Lost Love
  • Episod 585: Timeless Sakura's Love

Musim 20